Want your
own Fotopage?











 
adzam's FotoPage

By: adzam rasdi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Monday, 2-Feb-2009 10:46 Email | Share | | Bookmark
rupa-rupanya cuti........

 
 
 
View all 6 photos...
Minggu lepas.. Punya la aku ni seorang yang........ (tak tau la macam mana nak explain..) Tak perasan cuti Tahun Baru China.. Kalau dibiarkan tu, rasanya memang aku datang office dah hari Isnin tu.. So, sebaik saja aku tau yang Isnin & Selasa tu cuti, aku mengambil keputusan untuk memecut Proton Saga 1.3 kesayanganku ke Ipoh - to be specific ke rumah Mak An(dak)ku di Jelapang.. Jumaat malam Sabtu sampai (lebih kurang 12 tgh malam), balik ke Nilai semula petang Isnin


Sebelum pergi tu actually aku nak pegi jog kat Putrajaya, tapi sampai-sampai kat tempat jog hujan turun dengan bangganya.. huhuhu.. so aku ikut option B = pegi rumah my khalatiy kat IPIS Bangi, kebetulan jumpa my cousin kat situ (bint khalatiy allatiy taskunu fi Ipoh) and ajak dia ke Ipoh sekali jumpa umi & babah dia..maklum la student (belajar kat UNISEL nih) sure rindu nak jumpa parent sokmo.. kita dulu pun student gak.. There she is - Along Kilah.



Quote:
Thanks mak an & pak an 'ala husni dhiyafatikum, nanti kami datang lagi.. kita pegi kedah plak umah pak ude ok!!

pergi umah pak da kene bawak byk duit.
boleh pegi shopping. hahaha
bawak sekali lanun lanun rempit tuh.
Fri 6-Feb-2009 13:19
Posted by:qilah yang hebat
Add comment


Thursday, 1-Jan-2009 15:22 Email | Share | | Bookmark
Perkhemahan Bahasa Arab

LDK
مخيم اللغة العربية
LDK lagi
View all 10 photos...
Hujung semester lepas (sem i 08/09) FPQS berjaya menjalankan satu lagi aktiviti tahunan - Perkhemahan Bahasa Arab - kali ni di KM Chalet Kuala Linggi Melaka..
Seronok juga attend, sebab baru abis exam.. Tempatnya pun tepi pantai, tu yang best tu..



Assalamualaikum Ustz...lama tak dengar cite..akak mmg jrg upload gmbr tapi skrg ni mungkin rajin sikitlah kot sbb dah jadik fulltime housewife semula.. Tue 13-Jan-2009 03:14
Posted by:Harlina  - [Link]
Add comment


Saturday, 29-Nov-2008 17:43 Email | Share | | Bookmark
Ultraman Safi

 
 
 
View all 5 photos...
Ultraman Safi mencari raksasa



Nampaknya ultraman ini terlalu baik untuk mencederakan walaupun seekor kucing!! Macam mana nak berhadapan dengan raksasa?? Huhuhu... Ni lah gambar Safeyya yang terbaru.. Hari tu 'Ammu Wifaq dia tanya sangat.. Ok, sekarang kita mintak 'Ammu Wifaq dia send gambar Tima & Solah plak.. Mesti dah besar comel budak2 tu.. Bila nak pulang ke pangkuan Malaysia???




Wah! Dah besar anak pak cik. Dah jadi ultraman.

Nanti dah pandai terbang, datang lah jenguk pak cik kat khobazat kalau nak rasa tajin raksasa.

Anak-anak pakcik pun dah rindu nak berguru dengan Safi.
Sat 29-Nov-2008 18:40
Posted by:Wifaq
aa wili ammu wifaq.. ma lak?kharban nta ya??? yak labas??? lu balik la cepat beb.. banyak projek kita boleh buat ni.. kem salam tok guru2 kita kat sana..Ust Syuja'ie, Ust Alami, Ust Zyadi, Ust Buochara, Syeikh Muwatta dan ln2.. Alamak aku rindu la beb.. Thu 15-Jan-2009 00:57
Posted by:adzam rasdi  - [Link]
Add comment


Sunday, 23-Nov-2008 06:09 Email | Share | | Bookmark
Bengkel Pengajaran Braille 201108

 
 
 
View all 7 photos...

Sem depan aku kena mengajar subjek Aplikasi Braille dalam Pengajian al-Quran & al-Sunnah. Subjek ni akan ditawarkan kepada lebih 200 orang pelajar.. Dr. Mustaqim akan menyandang tugas penyelaras, aku dan ustazah Noornajihan akan handle 2 kelas tutorial setiap seorang. Syok jugak belajar Braille ni. Thanks to Cikgu Ya atas bimbingan dan komitmen yang diberikan..




alah, berbatik plek
Fri 6-Feb-2009 16:05
Posted by:qilah yang hebat
Add comment


Thursday, 20-Nov-2008 17:43 Email | Share | | Bookmark
my movie

man on fire
Teringat aku kat citer ni (among my favourite movies)

MAN ON FIRE

Movie ni mengisahkan penculikan kanak2 di Mexico yang membimbangkan terutama ibu bapa dari golongan hartawan. Statistiknya, dalam tempoh 6 hari berlaku 24 kejadian penculikan, menyebabkan ramai ibu bapa yang mengambil bodyguard utk menemani anak2 mereka. Salah seorang drpd mereka John Creasy (Denzel Washington) - yang pernah bertugas dgn CIA sebagai pembunuh dan amat menyesali dengan kehidupan lampaunya. Dengan dorongan rakannya dia telah cuba bertugas sebagai bodyguard kepada Pita Ramos (Dakota Fanning) yg berumur 9 tahun, anak kpd seorang hartawan industri terkemuka. John yg pada mulanya bersikap dingin terhadap Pita, menemui kembali kehidupannya setelah beberapa ketika menjadi bodyguard kanak2 yang pintar dan ceria itu. John kemudiannya menemui misi baru dalam hidupnya apabila Pita diculik dan dia sendiri hampir mati dalam pertarungan dengan penculik2 itu. Bermula dari detik itu, John bertekad untuk menghapuskan sesiapa sahaja yang terlibat dengan penculikan itu, dan dengan berbekalkan kemahiran lampaunya, tiada siapa yang dapat menyekat beliau!!



Kenapa saya suka cerita ni:
- ada statistik dan fakta
- Dakota Fanning menghayati watak dengan amat baik dan neutral (very touching) as well as Denzel
- suka tgk watak Denzel yang cool tapi effective masa dia carik penculik Pita
- ada unsur2 kehidupan, moral, agama dan kepercayaan
- ada unsur2 kasih sayang yang menyentuh perasaan

Movie ni ada unsur2 keganasan terutama masa John nak selesaikan masalah penculikan Pita.. Mungkin tak berapa sesuai untuk penonton di peringkat umur yang suka meniru2 hero movie (budak2 yg belum boleh berfikir memolek).. Apa pun, diharap satu hari nanti industri filem kita dapat keluarkan filem macam ni - tak payah la harapkan unsur wanita cantik, cinta, or hantu sahaja untuk dijadikan hidangan masyarakat kita..

Care to comment?


Thursday, 20-Nov-2008 17:43 Email | Share | | Bookmark
Mummy Returns

 
 
 
View all 5 photos...
Kali ini kita menjejaki kubur para firaun dan kroni mereka...
Pernah dengar tak ada firaun jadi hantu polong? Mungkin sebab masa mati tak dibacakan talkin?? Huhuhuhu.. Merapu lah...


napa gambar gelap macam nak kiamat je? Fri 21-Nov-2008 11:29
Posted by:izrail
~ izrail: alhamdulillah sebab macam je, belum kiamat lagi... itu ribut pasir sudah mari.. sebab tu aku tutup mata.. alaa.. mcm citer mummy tu la.. Fri 21-Nov-2008 12:39
Posted by:bnurushd
Add comment


Thursday, 9-Oct-2008 14:44 Email | Share | | Bookmark
I Can't Smile Without You

 

I Can't Smile Without You

You know I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing
I'm finding it hard to do anything
You see I feel sad when you're sad
I feel glad when you're glad
If you only knew what I'm going through
I just can't smile without you

You came along just like a song
And brightened my day
Who would have believed that you were part of a dream
Now it all seems light years away

And now you know I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing
I'm finding it hard to do anything
You see I feel sad when you're sad
I feel glad when you're glad
If you only knew what I'm going through
I just can't smile

Now some people say happiness takes so very long to find
Well, I'm finding it hard leaving your love behind me

And you see I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing
I'm finding it hard to do anything
You see I feel glad when you're glad
I feel sad when you're sad
If you only knew what I'm going through
I just can't smile without you





Lama giler dah gambar ni.. Masa kat Morocco lagi..

Care to comment?


Thursday, 2-Oct-2008 14:59 Email | Share | | Bookmark
Lambaian Danau...

 
 
 
View all 5 photos...

Bengkel Latihan Amali dan Industri
Fakulti Pengajian Quran dan SunnahUSIM
Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka..




Alamak, penyelia kumpulan nyaris nak tertido pulak masa snap gambar ni... Apa pun, saya rasa penyelia ni memang best sebab dia pakai jersey BARCA... Visca Barca!!

Care to comment?


Wednesday, 28-May-2008 13:01 Email | Share | | Bookmark
Acute Disseminated Encephalomyelitis (ADEM)

 
 
 
View all 5 photos...
Tanggal 26hb April 2008 Safeyya Izzah telah beroleh pengalaman yang agak pahit - ditahan di wad Hospital Serdang kerana kes (ADEM) Acute Disseminated Encephalomyelitis - Jangkitan pada selaput saraf...

Yang lebih merasa kepahitan itu sebenarnya si ibu Safeyya... Mana ke tidak, lebih 2 minggu kena stay hospital menemankan anak yang sakit tu.. Alhamdulillah penyakitnya tak berpanjangan, daripada seolah2 lumpuh kaki dan tangan kiri, kena ambik darah, air tulang belakang untuk dianalisa, Safeyya kembali pulih dan dapat membina semula kekuatan diri dengan cepat... Maha suci Allah... Alhamdulillah... Saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang anak papa!!!


Gambar ni diambil lebih kurang 3 hari sebelum dibenarkan keluar dari wad.. Masa ni dah improve banyak dah.. Dah boleh senyum dah.. Thanks to all yang memberikan sokongan dalam bentuk semangat, material, doa dan lain2... Jazakumullahu khairal jazaa

Quote:
What is Acute Disseminated Encephalomyelitis?
Acute disseminated encephalomyelitis (ADEM) is a neurological disorder characterized by inflammation of the brain and spinal cord caused by damage to the myelin sheath. The myelin sheath is the fatty covering, which acts as an insulator, on nerve fibers in the brain. ADEM may occur in association with a viral or bacterial infection, as a complication of inoculation or vaccination, or without a preceding cause. Onset of the disorder is sudden. Symptoms, which vary among individuals, may include headache, delirium, lethargy, coma, seizures, stiff neck, fever, ataxia, optic neuritis, transverse myelitis, vomiting, and weight loss. Other symptoms may include monoparesis (paralysis of a single limb) or hemiplegia (paralysis on one side of the body). The disorder occurs in children more often than in adults.

Alhamdulillah..safeya da sehat..acik2 safeya kat sini doakan safeya sentaisa sehat..to papa safeya rajin2 la post gambar baru pasal safeya..ehe Fri 30-May-2008 08:25
Posted by:acik chip thinker_gurl@yahoo.com.my
Kesiannya Safeyya...alhamdulillah dah sihat...
re: Kita org Perak, husband yg org 'bandaraya' Dungun..
Tue 3-Jun-2008 09:13
Posted by:mama anis  - [Link]
Penyakit itu ujian Allah pada kita ek...tapi berat mata memandang, berat lagiii bahu memikul...alhamdulillah , Safeyya dah selamat...
p/s sorry took such a long time to reply, kat Jepun takde rasa peluang nak buat islamic study ...
Tue 17-Jun-2008 06:02
Posted by:KakTina  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Sunday, 2-Mar-2008 03:11 Email | Share | | Bookmark
Al-Imam al-Syafi'e (Rahimahullah)

 
 
 
View all 6 photos...
maqam al-Imam rahimahullah


Sejarah Ringkas Imam Asy-Syafie

Imam Shafie lahir di Gaza, Palestin pada tahun 150H/767M di atas nama Muhammad bin Idris ash-Shafie. Beliau mempunyai pertalian darah Quraish dan hidup tanpa sempat melihat ayahnya. Pada umur 10 tahun, ibunya membawanya ke Mekah untuk ibadah haji dan selepas itu beliau tetap berada di sana menuntut ilmu. Di Mekah ash-Syafie memulakan perguruannya kepada Muslim bin Khalid al-Zanji, mufti kota Mekah di ketika itu dan juga kepada Sufyan bin Uyayna.

Kitab ilmu yang paling terkemuka ketika itu ialah Al-Muattha’ karangan Imam Malik, dan ash-Syafie dalam usia mudanya 15 tahun telah menghafal keseluruhan kitab tersebut. Ash-Syafie kemudiannya berhijrah ke Madinah untuk berguru pula dengan penulis kitab itu sendiri, Imam Malik bin Anas. Ketika itu ash-Syafie berusia 20 tahun dan beliau terus duduk bersama Imam Malik sehinggalah kematiannya pada tahun 179H/796M. Ketokohan ash-Syafie sebagai murid terpintar Imam Malik mulai diiktiraf ramai. Ash-Syafie mengambil alih sebentar kedudukan pejabat oleh Gabenor Yaman. Jawatan ash-Syafie tidaklah lama di Yaman, apabila beliau dituduh dan difitnah sebagai pengikut dan pendokong ajaran Syiah. Disamping itu berbagai konspirasi lain di jatuhkan ke atasnya, sehinggalah beliau dirantai dan dihantar ke penjara Bagdad, pusat pemerintahan Dinasti Abbasid ketika itu.

Ash-Shafie dibawa menghadap ke Khalifah Harun al-Rasyid dan berjaya membuktikan kebenaran dirinya. Kehandalan serta kecekapan asy-Syafie membela dirinya dengan berbagai hujjah-hujjah agama menyebabkan Khalifah Harun sendiri tertarik kepadanya. Asy-Syafie dibebaskan dan dibiarkan bermastautin di Baghdad. Di sini Ash-Syafie telah berkenalan dengan tokoh-tokoh Imam Abu Hanifah dan duduk berguru dengan mereka, terutamanya dengan Imam Muhammad al-Hasan asy-Syaibani. Suasana ini memberikan kelebihan yang utama bagi ash-Syafie, iaitu beliau berkesempatan untuk belajar dan membandingkan antara dua ajaran fiqh Islam, iaitu ajaran Imam Malik bin Anas dan ajaran Imam Abu Hanifah.

Pada tahun 188H/804M, ash-Syafie kembali berhijrah ke Mesir. Sebelum itu beliau singgah sebentar di Mekah dan di sana beliau di beri penghormatan sebagai tokoh besar dan dipelawa untuk memberi ceramah dan kuliah. Ash-Syafie kini mula diiktiraf sebagai seorang Imam, dan beliau banyak meluahkan usaha untuk cuba menutup lurah-lurah perbezaan antara Imam Malik dan Imam Abu-Hanifah. Usahanya ini tidak disambut baik oleh penduduk Mekah kerana kebiasaan mereka kepada ajaran asal Imam Malik.

Pada tahun 194H/810M, Imam Syafie kembali semula ke Baghdad dan beliau di pelawa untuk memegang jawatan qadi bagi Dinasti Abbasid. Beliau menolak dan hanya singgah selama 4 tahun di Baghdad. Imam Syafie kembali ke Mesir dan memusatkan ajarannya di sana. Daud bin Ali pernah di tanya akan kelebihan Imam Syafie berbanding tokoh-tokoh lain di ketika itu, maka beliau menjawab: ash-Syafie mempunyai beberapa keutamaan, berkumpul padanya apa yang tidak terkumpul pada orang lain. Dia seorang bangsawan, dia mempunyai agama dan I’tiqad yang benar, seorang yang sangat murah hati , mengetahui hadith sahih dan hadith dhaif, nasikh, mansukh, menghafal al-Quran dan hadith, perjalanan hidup para Khulafa’ Rashidun dan amat pandai mengarang.

Pada usia 54 tahun, Imam Syafie meninggal dunia pada 29 Rejab tahun 204H/820M di Mesir, meninggalkan kepada dunia Islam sebuah kitab yang paling agung dalam bidang usul fiqh iaitu kitab al-Risala. Kitab ini adalah yang terulung dalam menyatakan kaedah-kaedah mengeluarkan dan mengistimbatkan hukum dari satu dalil yang ada. Selain itu Imam Syafie juga meninggalkan kitab fiqhnya yang masyhur, al-Umm. Ajaran Imam Syafie diteruskan oleh beberapa anak muridnya yang utama seperti Imam Abu Yakub al-Ruwati (231H/ 846M), Imam Rabi bin Sulaiman al-Marali (270H/884M), Imam Abu Ibrahim bin Yahya al-Muzani (274H/888M) dan terutama ialah Imam Ahmad bin Hambal (241H/856M).


dipetik drpd: http://www.muhammadiyah.org.sg/articles/asyshafie.htm


Ini bukan Imam Syafie!!! Cuma seorang peminat beliau je...

Salam.

Peminat beliau ni ustaz Abu Safeyya al-Syafie ek? Hehe..
Mon 30-Jun-2008 16:48
Posted by:ABCD
aii nak tya..
makam imam syafiee ni jauh ke dekat dr bandar cairo??
tq
Fri 29-Aug-2008 12:00
Posted by:sya adnisya@gmail.com
makam imam syafiee ni dekat je daripada bandar Cairo - atau boleh dikatakan dalam kawasan bandar Cairo lagi.. Sun 21-Sep-2008 11:11
Posted by:bnurushd
Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.