|
|
| Saturday, 5-Aug-2006 03:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BOYCOTT ISRAEL!!!
|
|
Lama dah tak upload FP ni.. Sibuk memanjang.. Program persatuan, peribadi dan ln2.. Thanx a lot buat semua yang sudi comment utk entry Fawakih Musim Panas kat bawah tu.. Tak sempat nak jawab...
Isu Israel Lubnan - Bukan satu isu baru... Dah terlalu lama cuma tak digembar gemburkan sehangat hari ni.. Apalah sangat kekejaman Yahudi terhadap Lubnan hari ni kalau nak dibandingkan dengan SETENGAH ABAD kezaliman mereka terhadap rakyat Palestine.. Macam tu sebutan kita- "rakyat Palestine". Kalau di zaman Salahuddin alAyyubi dulu mereka sebut "saudara2 kita di Palestine". Hari ni oleh sebab kita dibesarkan dengan suapan ideologi bekas penjajah, jadi patriotisme lebih diutamakan daripada silaturrahim ukhuwwah Islamiah... Bangsa dan budaya lebih dimartabatkan daripada agama... Nikmat ukhuwwah Islamiah sejagat yang Allah SWT kurniakan pada generasi kegemilangan Islam mungkin telah ditarik balik... Kita tak dapat rasakan sensitiviti persaudaraan dalam Islam... Bukankah yang disembelih dan yang diletupkan kepala mereka di sana adalah saudara kita? Bayangkan mereka adalah adik kita, or abang kita, or even ibu atau bapa atau anak kesayangan kita!!! Semoga Allah anugerahkan semula nikmat kesatuan Umat Islam kepada kita hari ini, agar dengan itu dapat kita sama2 praktikkan kembali syiar JIHAD sebagai rukun Islam yang ke 6.
Firman Allah SWT dalam surah asSaff:
Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. (asSaff 10-11)
So, sesiapa yang mampu perniagakan harta dan jiwa untuk Jihad fi sabiliLlah, maka inilah peluang keemasan! Bagi yang kurang mampu, jangan sampai tak ada niat langsung ke arah itu... Panjatkanlah doa buat saudara2 kita.. Dan yang paling dhaif yang mampu kita lakukan: BOYCOTT ISRAEL!!!
Kod produk keluaran Israel!!
Israeli children sends gifts to Lebanese children:
Israeli girls write messages on a shell at a heavy artillery position near Kiryat Shmona, in northern Israel, next to the Lebanese border, Monday, July 17, 2006. (AP Photo/Sebastian Scheiner)
Lebanese children receive them:
this is the ugly face of Israeli warcrimes.
| Quote: | Firman Allah SWT
** Dan perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah (gangguan-gangguan terhadap umat Islam dan agama Islam) dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah(tegaknya agama Islam dan sirnanya agama-agama yang batil). Jika mereka berhenti (dari kekafiran), maka sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan. -Al Anfaal:39
** Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim. -Al Baqarah:193
|
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 11-Jul-2006 21:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Fawakih musim panas..
|
|
Di negara 4 musim ni dah semestinya buah2an nya pun berbeza setiap musim...
Ni contoh buah musim lepas (musim bunga) - yg dah tak berbuah lagi di musim ni...
dan ini buah yg ditunggu2 seiring dengan musim panas!! (kegemaran Safeyya ni..)
yang ni pulak hampir setiap musim ada...
| Quote: | tuffah - epal
'inab - anggur
barquq - prune
mauz - pisang
dellah - tembikai
farwalah - strawberry
burtuqal - limau
ijas - pear
battikh - tembikai susu
mish-mish - apricot |
ni ada yg miss, antaranya buah tin - tak jumpa yg sesuai utk ditembak.. lain hari la insyaAllah...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 6-Jul-2006 12:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
anakku yang lapar...:)
|
|
| Quote: | Salah satu daripada doa-doa para solihin yang termaktub di dalam kitab suci Al-Quran:
" Ya Allah, kurniakanlah kepada kami pasangan-pasangan dan zuriat-zuriat yang menjadi penyejuk mata, serta jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa " (surah al-Furqan:74) |
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 5-Jul-2006 23:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Alhambra.. Bilakah kegemilangan Islam akan berulang???
|
|
Alhambra - asalnya Alhamraa' yang bererti "merah" di dalam bahasa Arab. Dinamakan berdasarkan bangunannya yg didirikan daripada batu-bata merah. Ada berpendapat bahawa Alhambra dinamakan demikian kerana diambil dari nama kerajaan yang mendirikannya yakni Bani Ahmar. Istana ini berada di bukit La Sabica, masih gagah berdiri sebagai bukti kejayaan Islam di Granada Sepanyol satu masa dulu.
Istana ini dilengkapi dengan taman2 di dalamnya -konsep taman dalam istana. Yg paling terkenal adalah Hausyus Sibb (Perkarangan Singa), taman yg dikelilingi oleh 128 tiang marmar. Di taman ini terdapat pancuran air yg dihiasi dengan dua belas patung singa yg mana dari mulut patung2 singa ini keluar air yang memancar.
Di dalam istana ini juga terdapat pelbagai ruangan yang indah, antaranya:
-Ruangan Al-Hukm (Baitul Hukm) - ruangan pengadilan;
-Ruangan Bani Siraj (Bait Bani Siraj), ruangan berbentuk bujur yg dipenuhi dengan hiasan-hisan kaligrafi Arab;
-Ruangan Bersiram (Hausy ar-Raihan), yg terdapat kolam yang besar;
-Ruangan Dua Perempuan Bersaudara (Baitul Ukhtain), yg dibina khusus untuk dua orang saudara perempuan Sultan Al-Ahmar;
-Ruangan Sultan (Baitul Mulk); dan masih banyak ruangan-ruangan lainnya seperti ruangan Duta, ruangan As-Safa', ruangan Barkah, Ruangan peristirahatan sultan dan permaisuri & ln2.
Sejarah mencatatkan bahawa kerajaan Bani Ahmar yang memerintah sangat mengutamakan kemakmuran rakyat sehinggakan pada ketika itu bidang pertanian dan perniagaan sangat maju. Selama 260 tahun kerajaan Bani Ahmar berkuasa, namun akhirnya timbul di antara mereka perselisihan. Inilah yang menyebabkan lemahnya kerajaan Bani Ahmar.
Bagaimanapun gigihnya usaha Sultan Muhammad XII Abu Abdillah an Nashriyyah raja terakhir Bani Ahmar untuk menyelamatkan kerajaannya, akhirnya diruntuhkan juga oleh dua buah kerajaan Kristian yang bersatu dari utara. Kerajaan dibawah takluk Raja Karel/Ferdinand V (L. 1452-W. 1516) dari Aragon yang mengahwini saudara perempuan Raja Henry IV - Ratu Isabella (L. 1451-W. 1504) dari Castille dan Leon pada tahun 1469. Raja Ferdinand V dan Ratu Isabella ini, keduanya adalah pendukung rencana penjelajahan Columbus 1492.
Pada pertengahan 1491 M, Raja Ferdinand V telah mengepung Granada selama tujuh bulan, Ferdinand V berkemah di Gumada di sebelah selatan kota. Sebelumnya Ferdinand V telah menguasai kota-kota lain seperti Malaga - pelabuhan terkuat di Andalusia, kemudian Guadix dan Almunicar, Baranicar, dan Almeria. Akhirnya Granada diserahkan oleh raja terakhir Bani Ahmar - Abu Abdillah.
Demikianlah tertakluknya Granada kepada Raja Ferdinand V dan Ratu Isabella pada tanggal 2 Januari 1492 M/2 Rabiul Awwal 898 H.
Dengan penaklukan umat Kristian ini, orang-orang Islam dipaksa keluar dari tanah Sepanyol, dan bagi sesiapa yg mahu terus menetap diwajibkan bertukar kepada agama Kristian.
Semoga satu hari nanti Islam akan kembali bertapak dan menakluki bumi Andalus ini... Aminnn
Hausyus Sibb - Perkarangan Singa
General Life
Konsep bayang dlm air ini ditiru semula oleh para jurubina Taj-Mahal
Dinding dgn seni ukiran dan kaligrafi
Plan kota Alhambra
Andalusia
*Gambar2 diambil pada Sept '04 masa me & my wife round2 Spain. Kira gambar lama la nih
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 4-Jul-2006 14:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bunga2 Kertas
|
|
Tibalah giliran jurufoto amatur yang ke sekiannya utk mencuba nasib bersama model2 yg paling familiar dalam dunia fotografi - saudari bunga..
Untuk sessi ni saya mengenengahkan supermodel - BUNGA KERTAS dari Morocco!!
(Sesiapa yg berkenan dengan model2 ni bolehlah melawat villa Abou Temmam, lebih tepat lagi, sebelah tembok villa Abou Temmam).
nanti di entry lain kita letak yg warna lain plak.. sementara berbunga nih..
Alahumma Subhanak... Ma khalaqta haza batilaa....
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 21-Jun-2006 02:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Safeyya Izzah
|
|
Si Safeyya ni, ibunya nak final exam tiga empat hari lagi..
So tak dapat la nak layan dia sokmo... Kena la dia berkreativiti sendiri untuk hiburkan hati dia..
Semoga ibu dia berjaya dengan cemerlang dalam exam nanti.. Aminnn
|
|
|
|
|
|
| Monday, 19-Jun-2006 10:38 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Halawiyyaat Maghribiya
|
|
Halawiyyaat - manisan/kueh muih
Maghribiyya - Morocco (yang di nasabkan kepada Morocco)
Halawiyyat yang di atas ni biasanya dihidangkan pada majlis2 keramaian, majlis kawin ke, aqiqah ke, sebelum ketibaan hidangan utama.. Next time kita letak gambar hidangan utama (tajin la tu..) Semuanya manis2 halawiyyat ni..
Antara khasais (ciri2) halawiyyaat ni: kebanyakannya berisi badam hancur.. dibakar.. ditambah air mawar bagi wangi -sebab diorang takde daun pandan!!
Sekali sekala makan ok la.. Kalau selalu2 maunya sakit gigi.. Pasal kencing manis toksah cerita la.. Na'uzubillah..
Bukan semua gambar ni halawiyyat jugak.. Melwi tu - syibih2 roti canai kita sikit - dijadikan sarapan pagi atau minum petang (dah tentu dengan syai na'na' atau qahwa halib), pastu begherir tu yang biasanya dimakan dengan a'sal (madu) pada waktu petang - selalunya jadi hidangan masa berbuka di bulan Ramadhan.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 17-Jun-2006 12:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Madrid - Santiago Bernabeu - Real Madrid - Zidane - Casillas..
|
 |
|
Kenangan manis utk Barca 2006
|
|
 |
|
Selamat bersara Zidane
|
|
 |
|
Sudikah Gerrard menyertai Beckham?
|
| | View all 8 photos... |
|
Siapa tak kenal estadio Santiago Bernabeu ni?? Inilah bumi tempat Barca menang 3 - 0 ke atas tuan rumah!! - Maklumat penting tu.. Hihi.. Aku prefer Barca than Madrid.. Prefer Xavi than Guti, prefer Eto'o than Raul/Ronaldo, Deco than Baptista, Messi than Robinho, Puyol than semua centre back yg Madrid ada...
Zidane? Zaman dia dah abis.. Sebab tu aku tak nak compare dia dengan Ronaldinho.. Tak adil gitu.. Nak compare Ronaldinho dengan Beckham?? Aku tak nak comment.. Tau2 sendiri je.. Sendiri tengok boleh agak.. Cuma satu yg aku kena akui - Casillas is better than Victor Valdes.. Apa2pun, pada aku Spannish soccer lebih best berbanding English soccer.. Sebab aku suka tengok bola lebih banyak dimainkan ditengah padang dengan playmakers yg skillfull rather than larian & hantaran lintang winger.. Aku lebih enjoy tengok Ronaldinho or Requelme control dan feed bola daripada Steven Gerrard or Frank Lampard.. Dah, cukup, sampai sini je..
Actually Estadio ni letaknya dekat dengan Malaysian Embassy.. Aku bukan berniat nak ke Estadio ni pun masa ke Madrid, cumanya masa aku ke Embassy tu tengok2 seberang jalan je Estadio ni.. So, tembak la jugak seposen dua.. Takde la sampai nak masuk tengok match..
Dan usia foto ni agak lama jugak dah, tapi aku nak abadikan jugak kat sini..
p/s: Dah tau siapa pengganti Henrik Larsson? Yes, the former Chelsea's forward - 27 year old Eidur Gudjohnsen
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 6-Jun-2006 12:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Wanita dan flowers.........
|
 |
|
Eee... bunga laaa
|
|
 |
|
Subhanallah cantiknya bunga..
|
|
 |
|
Apa nama saintifik bunga ni??? Sapa boleh bagitau??
|
| | View all 12 photos... |
|
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 4-Jun-2006 13:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kuskus....
|
|
]
Emmm... Hari ni aku nak letak resepi Kuskus la dalam fp aku..
Lama dah tak upload fp aku ni... Macam biasa la, aku bukan seorang pro dalam mengambil gambar ni.. Bukan pula seorang kaki edit cam budak Tetupai & Ais Putih tu.. Nanti la ada masa aku belajar dengan diorang.. Gambar2 Kuskus kat sini adalah yang aku/my zawja ambil masa makan di rumah2 sahabat Arab dan yang buat sendiri...
So, Kuskus ni sebenarnya banyak versi.
Ada Kuskus Morocco, ada Algeria, ada Tunis...
Yang Morocco pun banyak khilaf antara Kuskus orang syamal(utara) dan orang janub(selatan).. Orang Fes, Oujda dengan Marrakech dan Agadir... Heheheh
Yang ni kata dia punya lagi best dan tulen, yang sana pulak kata diorang punya kuskus la yg lebih power dan berkhasiat..
Jadi kat sini aku cuba bawa satu resepi yang boleh merapatkan jurang khilaf antara mazhab2 Kuskus ni.. Aku harap dengan cara ni umat Gharb Islami ni akan lebih bersatu dan saling menghormati.. Ishhh, dalam beragama pun boleh hormati masalah khilafiah dalam hal2 furu', ni kan pulak furu' dalam bab masak2 je.. Lerr, aku ni serius la pulak.. Ok dah..
Sayyidaati saadaati, lets cook!
Bahan-bahannya :
1/2kg daging (ayam, kambing @ lembu) di potong besar-besar
*untuk tumisan
1 biji bawang besar - dihiris kecil
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 sudu kecil serbuk halia
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 biji tomato - dicincang
*sayuran
3 @ 4 batang lobak merah - dipotong lebar-lebar
2 batang terung - dipotong lebar-lebar
4 batang labu kecil - dibelah 2
200 gm labu - dipotong lebar-lebar
1 cawan kacang kuda (yang telah direndam semalaman)
1/2 genggam daun parsli (madnus) - dicincang halus
Segenggam daun ketumbar (kuzbur) - dicincang halus
- Sayur2 ni pandai2 la tambah sendiri apa yg suka yek, ada arab letak lobak putih, ada yang letak kobis....
Kuskus secukupnya (lebih kurang 1/2 kg)
50gm mentega
Segenggam kismis
Cara-caranya:
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang sampai ianya mula menguning.
- Masukkan semua rempah ratus. Tumis sikit.
- Masukkan buah tomato lalu dibiarkan masak seketika.
- Masukkan sayur-sayuran yang keras dahulu buat beberapa minit + kacang kuda sebelum dimasukkan sayur-sayuran yang lain, daun parsli (madnus) dan ketumbar (kuzbur). Air tu kita masukkan takat sayur. Masak lauk Kuskus ni bukan macam masak gulai - jangan kacau beria2 - nanti hancur la sayur2 tu, tak cantik la bila hidang...
- Tambahkan garam dan hidangkan lauk ini bersama di atas kuskus yang telah siap dikukus + digaul dengan mentega.
Selamat memakan......
|
|
|
|