|
|
| Monday, 8-May-2006 12:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Le Mezquita Cordoba
|
|
Bekas Mercu Tanda Tamadun Islam di Andalus - Masjid Cordoba
Apabila kerajaan Bani Umaiyyah diambil alih oleh kerajaan Bani Abassiyah pada tahun 750, pusat pentadbiran Islam telah dipindahkan dari Damascus, Syria ke Baghdad. Ini memaksa khalifah Bani Umaiyyah ketika itu, Abdul Rahman I (turut dikenali sebagai Abdul Rahman Al-Dakhil) berpindah ke Sepanyol yang mana ketika itu Islam sudah bertapak kukuh di sana. Beliau kemudian mengasaskan kerajaan Bani Umaiyyah yang kedua di Sepanyol dengan menjadikan Cordoba sebagai ibu kotanya.
Kerajaan Bani Umaiyyah yang kedua ini menjadi sangat makmur dan telah bertahan selama hampir 800 tahun (756-1492). Pada tahun 929, sistem khalifah Bani Umaiyyah telah diwujudkan semula (iaitu apabila Sultan Abdul Rahman III mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah kerajaan Bani Umaiyyah di Sepanyol). Kerajaan Bani Umaiyyah yang kedua ini berjaya menjadi saingan sengit kepada kerajaan Bani Abassiyah yang berpusat di Baghdad ketika itu. Pada zaman kegemilangannya, Cordoba telah menjadi bandar terkaya dan paling kompleks di Eropah.
Masjid Cordoba, yang merupakan salah satu daripada tinggalan binaan-binaan kesenian Islam telah dibina oleh Abdul Rahman I pada tahun 784. Masjid Cordoba dibina dengan menjadikan seni bina Arab sebagai rujukan utama.
Masjid ini telah ditambahkan keluasannya selama 4 kali.
Pertama - oleh Abdul Rahman I
Kedua - oleh Abdul Rahman II
Ketiga - oleh Al Hakam II
Keempat - oleh Al Mansur (penambahan paling luas)
Ini bermakna, keluasan asal Masjid Cordoba cuma kira-kira 20% daripada apa yang dilihat hari ini.
Dinding kiblatnya dan menara yang terdapat di sini berusia sejak abad ke-10. Setiap anjungnya memiliki sehingga 18 atau 19 gerbang. Gabungan tiang-tiang Roman telah digunakan, namun disebabkan ketinggiannya tidak mencukupi, tiang tambahan yang berbentuk segiempat telah diletakkan di atas tiang-tiang Roman tersebut. Tiang tambahan inilah yang menyokong gerbang-gerbang unik yang ada di sini. Gerbang-gerbang itu pula menyokong bahagian siling masjid ini.
Setiap gerbang yang ada di masjid ini adalah cantuman batu-bata merah dan batu putih. Gabungan unsur batu-batu tersebut berjaya mewujudkan konsep jaluran yang menakjubkan. Konsep jaluran merah-putih ini banyak mempengaruhi senibina bangunan di Sepanyol. Hiasan dinding pula mempunyai unsur flora di samping inskripsi dari Al-Quran dalam bentuk ukiran kapur, kaca, marmar dan mozek emas.
Itulah serba-sedikit tentang sejarah Islam di Sepanyol dan Masjid Cordoba. Ketahuilah bahawa Masjid Cordoba menjadi lambang kemegahan Islam. Dan Masjid Cordoba ini juga telah menjadi lambang kejatuhan Islam...
teks di petik daripada: http://hembusan.blogspot.com/2005/02/sepanyol-x-le-mezquita-cordoba.html
link: http://id.wikipedia.org/wiki/Masjid_Kordoba
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 4-May-2006 00:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bint ukhtie alzharifa - Hafizhaha Allah.. Aminnnn
|
|

Nurul Iman Thurayya
Lama tak jumpa anak sedara aku ni... Ni pun gambar lama la ni.. Dah besar panjag dah agaknya.. Hopely ada rezeki mama & papa dia untuk ziarah sepupu dia kat sini sesikit lagi insyaAllah...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 3-May-2006 13:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Perkarangan atap rumah....
|
|
Safeyya Izzah lagi..
Kali ni di atas bumbung rumah.. Tempat jemur baju.. Petang-petang budak ni taknak duduk dalam rumah.. Mengamuk dia.. Dia nak berlari2 menghidup udara petang.. So, letak aje lah di atas bumbung ni, boleh dia berlari2 sambil peratikan langit biru...
Ya Allah, kurniakanlah kami isteri dan zuriat yang soleh, sebagai penyejuk mata......
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 26-Apr-2006 16:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Bismillah
Alhamdulillah
Assalamualaikum wbth.......
Morocco ooo Morocco..
Aku memang suka dan sayang kat bumi Morocco ni.. Sebagai tanah tempat aku menimba pelbagai bidang ilmu.. Ukhrawi dan duniawi.. Ulama masih boleh dicari utk jadikan tok guru.. Maraji' senang dapat.. Dapat praktik bahasa alQuran hari2 (semua ni terserah pada individu jugak la kan.. bukan automatik)..
Satu je yg selalu jadi musykil aku.. Bila masuk urusan idarah.. Kepejabatan.. Hehehe.. Kerja pejabat ler.. Terutama pejabat2 kerajaan.. Dengan birokrasinya, attitude dan dedikasi pekerjanya yang rendah, informasi yang ntah apa2... Tak campur lagi rasuah... Emmmm
Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahlaaa...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 26-Apr-2006 16:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Tahlil di Rumah Pengiran
|
 |
|
Syeh, Adzam, Pengiran, Kak Noriah, Shahdan, Boy & Lan
|
|
 |
|
Kurma Ayam
|
|
 |
|
Gulai Tempoyak Ikan Semtah (konon2 ganti ikan patin la)
|
| | View all 14 photos... |
|
Majlis Tahlil di Rumah Pengiran di atas pemergian ayahanda beliau pada 9 Mac 2006 yang lalu... Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat, Aminnnn....
Rabat - 23042006
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 19-Apr-2006 15:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kamera Antik
|
|
Emmm.. Lama dah aku tidak menambah gambar di sini..
Sibuk dengan Safeyya - konon!..
Kamera2 antik ni aku ambik gambarnya di sebuah kedai foto di bandar Tanger..
Lama dah.. Masa on the way ke Spain dulu.. Lebih kurang pada awal2 bulan September 2004 (Safeyya tak lahir lagi masa tu)..
Ok la, nanti tambah gambar2 lain lagi..
Ni nak test aje..
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 11-Feb-2006 00:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
bayi riang
|
|
Si Safeyya Izzah... Alhamdulillah hari ni 110206, dah cukup sehari selepas setahun umurnya (setahun + sehari)... Pagi semalam dah bawak ke hospital.. Mustasyfa Diouri, sebelah Jami' Badr utk ambik vitamin A.. Jadual hospital gitu dah.. Nanti bulan lapan ada mau'id lain.. Nak kena cucuk plak.. Haaaa, anak anda dah ambik vitamin A ke belum??? Jaga lah kesihatan anak anda!!!
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 19-Nov-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Safeyya Izzah Bte Mohd Nur Adzam
|
|
|
|
|
|